Domo-kun Cute kasih sejati: March 2013

Thursday, 28 March 2013

kenal pasti sahabat yang cemburu.

 Apakah  reaksi sahabat  anda apabila  berkongsi kejayaan anda dengannya? Mungkin si sahabat  merasakan  anda seolah olah ingin membangga diri walaupun pada hakikatnya  anda tidak bermaksud sedemikian.
  
Bukan senang untuk menjalinkan  kemesraan sesama teman sekerja  atau sekolah kerana 
masing - masing berusaha untuk mendapatkan kedudukan dan perhatian yang lebih tinggi antara satu sama lain.Persainngan adalah perkara biasa yang dialami semua orang.walau bagaimanapun,sering juga terjadi senario dimana sahabat menyimpan perasaan benci dan dendam apabila melihat kejayaan orang lain.
Ayuh..... kenal pasti sahabat yang menyimpan perasaan cemburu..


                                     1.PANDANG SERONG
~Menganggap bahawa kejayaan yang anda miliki  itu adalah hasil dari sikap anda yang suka mengampu pihak atasan.Biarpun pada hakikatnya anda bekerja keras untuk mencapai kejayaan seperti yang anda miliki hari ini.


                                              2.BERMUKA-MUKA
~Sahabat anda memuji kejayaan itu,namun dalam pujiannya itu terselit juga kata-kata sinis yang agak kurang menyenangkan.lebih menyedihkan lagi apabila ada teman-teman di sekeliling anda yang menyampaikan bahawa si sahabat bermuka-muka dengan anda.

                              3.MENYEBAR KHABAR ANGIN 
 ~Dalam waktu yang sama,si sahabat juga turut mengatur strategi kotor dengan mengheboh-hebohkan khabar angin,kononnya sesiapa sahaja yang berbaik-baik dengan anda mempunyai kepentingan tertentu.

                              4.GUNA TEKNEK MENGHASUT
 ~Sahabat cuba menghasut teman-teman anda agar  membataskan pergaulan dengan anda.Menurut sahabat,anda perlu memilih kawan dan tidak boleh berkawan dengan sembarangan orang,sedangkan anda tidak pernah berfikiran sedemikian.Situasi ini akan melahirkan ketidakpuasan hati antara anda dengan teman-teman.

                                           5.SENTIASA MENGKRITIK
~Di mata sahabat apa sahaja yang anda lakukan, seolah-olah tidak betul.Ada sahaja kritikan yang dilemparkan kepada anda.Ada kalanya kritikan yang diberikan itu memang tidak relevan.

                                          6.TERLALU SENSITIF
~Apa sahaja teguran yang diberikan demi kebaikan si sahabat dianggapnya sebagai racun dalam persahabatan.Sahabat beranggapan anda sengaja ingin menyakitkan hatinya,biarpun pada hakikatnya anda ingin membantu sahabat memperbaiki prestasi kerja atau pelajarannya.

                           7.KERAP BERTENGKAR
~Anda mulai sedar sejak kebelakangan ini sahabat cuba menaikkan api kemarahan anda.Boleh dikatakan setiap hari,ada sahaja perselisihan faham yang berlaku,sekali gus menghangatkan hubungan persahabatan.Sikap sahabat yang tidak mahu mengalah dan keras kepala bakal memburukan hubungan persahabatan.

                           8.MENJAUHKAN DIRI
~Sejak berlakunya insiden perselisihan faham antara anda dengannya,si sahabat seolah-olah cuba menjauhkan diri dari anda.Malah,dia cuba mengelak daripada bertentang mata dengan anda.Setiap kali anda mengajak untuk berbincang,dia yang bertindak membatukan diri dan tidak inisiatif untuk memperbaiki hubungan persahabatan anda itu.

 ~SUMBER DI PEROLEHI DARI MAJALAH DARA.COM~