Domo-kun Cute kasih sejati: January 2013

Monday, 7 January 2013

KALAU itu tanda stress

     Baginda rasulullah s.a.w ada mengajar bahawa setiap manusia mesti ada keinginan yang baik. Ini kerana kehidupan manusia di pengaruhi oleh keinginan. Keinginan itu pula ada di dalam hati iaitu berupa niat. Apabila baik hatinya, maka keinginannya akan baik.
    Keinginan ini juga boleh dikatakan sebagai matlamat atau tujuan, dan boleh juga dikategorikan sebagai cita-cita. Orang yang sentiasa berdoa kepada Allah hanya akan menggunakan KALAU bagi mencapai cita-cita dan matlamatnya seperti''kalau aku nak kaya,aku kena kerja keras..''Kata-kata yang diucapkan seperti itu menunjukkan seseorang itu mempunyai matlamat diri. Tetapi haruslah disertakan dengan usaha,dan bukan hanya sekadar kata-kata kosong yang tidak mempunyai makna.
   Namun begitu,seperti yang telah di jelaskan sebelum ini, kalimah kalau bukan sahaja boleh membawa kerosakan akidah, malah turut memberi kesan pada aspek psikologi. Tanda-tanda awal akan kehadiran hasutan dan bisikan syaitan ini boleh membawa tekanan ataupun stress.
   kadang kala tekanan ini boleh menjadi baik serta memberi impak positif dan begitu juga sebaliknya. Tekanan dalam bentuk positif ini mampu menjadikan seseorang bekerja keras untuk berjaya. Dan yang nyata, seseorang yang mampu mengawal tekanan ini merupakan orang yang menjaga hubungannya dengan Allah s.w.t.
  Tekanan ini wujud dalam diri setiap manusia tanpa dicari.Dan kadang kala ia wujud kerana diri sendiri yang mencari dan kerana lemahnya jiwa seseorang. kelemahan jiwa ini datangnya dari rohani,jasmani,akal dan emosi yang lemah.paling utama adalah dari segi rohani.Ini kerana rohani merupakan sesuatu yang datang dari hati.Hati yang lemah menandakan rapuhnya hubungan seseorang itu dengan Allah s.w.t.
   Apabila kita lalai untuk mengingati Allah,maka jiwa dan rohani akan sentiasa berada dalam kesengsaraan.Firman Allah s.w.t dalam surah Taha,ayat-124 yang bermaksud, ''Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku,maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit,dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta''
   Kesan dari tekanan ini bukan sahaja mampu merosakkan jiwa seorang individu, bahkan memberi kesan terhadap individu lain seperti keluarga,rakan-rakan dan masyarakat sekeliling sehingga sampai kesuatu tahap,ia boleh memutuskan hubungan silaturrahim.
  Antara punca kelemahan rohani yang membawa kepada tekanan ialah 
  • kelemahan hati
  • pengaruh nafsu 
  • kelemahan akal
  Justeru, sebagai umat islam, kita digalakan untuk bermuhasabah.Orang yang sentiasa muhasabah ialah orang yang menilai hasil amalan yang dilakukan sehari-hari.
  Allah s.w.t telah memberikan panduan yang terbaik bagi mengurangi tekanan dengan berfirman,''Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.(surah al-Baqarah ayat-155)
        TIPS UNTUK MENGURANGKAN TEKANAN MENURUT CARA ISLAM
  • membiasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
  • memperbanyakkan membaca Al-Quran
  • memperbanyakan solat sunat
  • sentiasa memohon doa kepada Allah
  • bersangka baik dengan Allah
  • menghargai dan mencintai diri sendiri
  • mengamalkan pemakanan yang sihat
  • selalu beriadah untuk kesihatan diri.    
             ~SUMBER DARI AL ISLAM~

 

Saturday, 5 January 2013

TEMULAWAK BOLEH MERAWAT PENYAKIT

 Sejenis tumbuhan yang juga dikenali sebagai curcuma Xanthorrhiza Roxb dipercayai berasal dari Indonesia. Temulawak tumbuh secara semula jadi di kawasan bukit yang lembab atau di kawasan tanah rendah sehingga 750 meter dari paras laut.
 Tumbuhan ini boleh dituai setelah lapan bulan ditanam. Pada peringkat ke lapan bulan daunnya kelihatan kekuningan. Manakala ubinya kelihatan berwarna kuning keperangan. Tumbuhan ini mempunyai rupa yang hampir sama dengan kunyit berbau wangi, terutama bahagian ubi (rizom).
 Temulawak boleh digunakan sebagai agen penambah rasa, pewarna dan rempah ratus dalam masakan atau makanan. Selain daripada itu, tumbuhan ini juga boleh digunakan dalam perubatan untuk merawat penyakit.
 Dalam perubatan tradisional, Temulawak merupakan salah satu daripada bahan dalam penyediaan majun atau jamu. Bagi ibu selepas melahirkan anak, jus ubi Temulawak digunakan untuk melegakan ketidak hadaman.
 Menurut kajian, Temulawak merupakan ubat antijangkitan, antitumor dan antilinflamasi. Selain itu, Temulawak digunakan untuk merawat penyakit kuning, menurunkan panas badan, cirit birit, merangsang nafsu makan, kembung perut serta sengal-sengal.
 Manakala, kajian saintifik yang telah dijalankan membuktikan bahawa ubi tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat yang memberi kesan positif terhadap organ manusia seperti hempedu. khasiat tumbuhan ini pada hempedu adalah untuk mencegah pembentukan batu.

~sumber dari dewan kosmik~