Domo-kun Cute kasih sejati

Wednesday, 3 April 2013

10 DOA AMALAN HARIAN


                                                  ~Doa ketika tidur~
                  "Dengan nama engkau wahai tuhan,aku hidup dan aku mati"

                                                  ~Doa bangun tidur~
 "Segala puji hanyalah kepunyaan Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami,dan kepada-nya kami akan dikumpulkan".

                                                 ~Doa memakai pakaian~

 "wahai Tuhanku,aku memohon kepada-mu daripada kebajikan pakaian ini dan daripada kebajikan sesuatu yang pakaian ini dibuat untuknya.Dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan sesuatu yang pakaian ini dibuatuntuknya".

                                                ~Doa membuka pakaian~
               "Dengan nama allah yang tiada tuhan kecuali dia"

                                                 ~Doa hilangkan ras marah~
 "Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk; Ya Allah,ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku,dan lepaskanlah aku daripada syaitan yang terkutuk".

                                                 ~Doa keluar rumah~
"Dengan nama Allah,aku menyerahkan diri kepada-mu,tidak ada daya upaya
(dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua".

                                                  ~Doa masuk rumah~
 "wahai Tuhanku,aku memohon kepada-mu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik keluar.Dengan nama Allah,kami masuk,dengan nama Allah kami kluar.Dan kepada Allah tuhan kami,kami menyerah diri".

                                              ~Doa ketika rasa takut atau terkejut~
 "Aku berlindung diri dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahan-nya,seksaan-nya, kejahatan hamba-hamba-nya dan daripada ganguan syaitan dan daripada kehadiran mereka itu".

                                             ~Doa ketika menghadapi kecelakaan~
 "Tidak ada daya upaya dan tidak ada tenaga kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha Tinggi lagi maha Besar".

                                              ~Doa ketika sukar selesaikan masalah~
 " ya Allah,tidak ada yang mudah melainkan apa yang telah Engkau jadikannya mudah dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendakinya".

                                   sumber di perolehi dari majalah DARA.COM
              















Thursday, 28 March 2013

kenal pasti sahabat yang cemburu.

 Apakah  reaksi sahabat  anda apabila  berkongsi kejayaan anda dengannya? Mungkin si sahabat  merasakan  anda seolah olah ingin membangga diri walaupun pada hakikatnya  anda tidak bermaksud sedemikian.
  
Bukan senang untuk menjalinkan  kemesraan sesama teman sekerja  atau sekolah kerana 
masing - masing berusaha untuk mendapatkan kedudukan dan perhatian yang lebih tinggi antara satu sama lain.Persainngan adalah perkara biasa yang dialami semua orang.walau bagaimanapun,sering juga terjadi senario dimana sahabat menyimpan perasaan benci dan dendam apabila melihat kejayaan orang lain.
Ayuh..... kenal pasti sahabat yang menyimpan perasaan cemburu..


                                     1.PANDANG SERONG
~Menganggap bahawa kejayaan yang anda miliki  itu adalah hasil dari sikap anda yang suka mengampu pihak atasan.Biarpun pada hakikatnya anda bekerja keras untuk mencapai kejayaan seperti yang anda miliki hari ini.


                                              2.BERMUKA-MUKA
~Sahabat anda memuji kejayaan itu,namun dalam pujiannya itu terselit juga kata-kata sinis yang agak kurang menyenangkan.lebih menyedihkan lagi apabila ada teman-teman di sekeliling anda yang menyampaikan bahawa si sahabat bermuka-muka dengan anda.

                              3.MENYEBAR KHABAR ANGIN 
 ~Dalam waktu yang sama,si sahabat juga turut mengatur strategi kotor dengan mengheboh-hebohkan khabar angin,kononnya sesiapa sahaja yang berbaik-baik dengan anda mempunyai kepentingan tertentu.

                              4.GUNA TEKNEK MENGHASUT
 ~Sahabat cuba menghasut teman-teman anda agar  membataskan pergaulan dengan anda.Menurut sahabat,anda perlu memilih kawan dan tidak boleh berkawan dengan sembarangan orang,sedangkan anda tidak pernah berfikiran sedemikian.Situasi ini akan melahirkan ketidakpuasan hati antara anda dengan teman-teman.

                                           5.SENTIASA MENGKRITIK
~Di mata sahabat apa sahaja yang anda lakukan, seolah-olah tidak betul.Ada sahaja kritikan yang dilemparkan kepada anda.Ada kalanya kritikan yang diberikan itu memang tidak relevan.

                                          6.TERLALU SENSITIF
~Apa sahaja teguran yang diberikan demi kebaikan si sahabat dianggapnya sebagai racun dalam persahabatan.Sahabat beranggapan anda sengaja ingin menyakitkan hatinya,biarpun pada hakikatnya anda ingin membantu sahabat memperbaiki prestasi kerja atau pelajarannya.

                           7.KERAP BERTENGKAR
~Anda mulai sedar sejak kebelakangan ini sahabat cuba menaikkan api kemarahan anda.Boleh dikatakan setiap hari,ada sahaja perselisihan faham yang berlaku,sekali gus menghangatkan hubungan persahabatan.Sikap sahabat yang tidak mahu mengalah dan keras kepala bakal memburukan hubungan persahabatan.

                           8.MENJAUHKAN DIRI
~Sejak berlakunya insiden perselisihan faham antara anda dengannya,si sahabat seolah-olah cuba menjauhkan diri dari anda.Malah,dia cuba mengelak daripada bertentang mata dengan anda.Setiap kali anda mengajak untuk berbincang,dia yang bertindak membatukan diri dan tidak inisiatif untuk memperbaiki hubungan persahabatan anda itu.

 ~SUMBER DI PEROLEHI DARI MAJALAH DARA.COM~





 

Tuesday, 19 February 2013

kuih coconut blossom



Bahan-bahan

2biji telur ayam gred A
1 1/2 cawan gula halus
2 1/2 cawan tepung gandum
2 cam tea serbuk penaik
1 cam tea esen vanila
1cam sudunovelate
1 cawan susu pekat
3 sudu air pandan (jika tk de pandan boleh guna perasa pandan)
Pewarna hijau
1/2 Cawan tepung naik sendiri

Bahan inti

300gm kelapa parut putih
2 cam besar gula pasir
1/2batang gula melaka
1 cam tea tepung jagung
1 helai daun pandan
Sedikit air

Cara membuat
*Bahan inti di masak sehingga bertukar warna

putarkan kesemua bahan tepung tadi sehingga putih kemudian campurkan pewarna hijau sedikit demi sedikit mengikut kepekatan warna yang anda suka. masukan inti kedalam kertas kek kemudian kemudian tambahkan bahan-bahan tepung tadi keatas inti dan kukus selama 10 minit atau sehingga kuih merekah.siap untuk di hidang.

santai-santai

Bersantai-santai di pantai sawangan.
Melihat kehindahan alam ciptaan allah. Bersama orang yang tersayang.:-D

perdana park tanjung aru.





Taman Yang indah untuk melepas tekanan kerja. Sesuai untuk orang dewasa, kanak-kanak, remaja dan berkeluarga. Taman syurga bagi kanak2. Di buka setiap hari. Dari jam 4 petang hingga 10 mlm.berdekatan airport airasia. Ada persembahan air pancut bererama.boleh juga berjoging. Sungguh cantik tempatnya. Sila-silalah singgah ye.tak de seberang bayaran masuk cuma bayar parking keta je. Sebanyak RM1.00

Tuesday, 5 February 2013

Tip rawatan wajah dirumah

                              ~sumber di peroleh dari majalah mingguan wanita~

  * Panaskan air bersama dengan bahan herba,uncang tea atau minyak essential yang menjadi kegemaran anda.Panaskan air hingga menghasilkan wap yang cukup panas dan biarkan selama lebih kurang 10 minit.Pastikan air tidak terlalu panas kerana bimbang wap yan terlalu panas akan menyakiti wajah.

   * Masukkan campuran air tadi ke dalam besen lalu diletakkan di atas meja.Setelah itu, posisikan wajah diatas besen tersebut.Gunakan sehelai tuala kecil untuk menutupi kepala bagi mengelakkan wap yang dihasilkan  air panas tadi keluar.Pejamkan mata dan biarkan peluh keluar dari wajah.Sebelum itu,pastikan wajah dibersihkan dahulu menggunakan pembersih wajah yang lembut.

   * Setelah 10 minit, basuh wajah dengan air sejuk.Diikuti dengan pemakaian pelembab untuk membantu menyejukkan kembali kulit wajah.

   * kaedah ini membantu membuka liang-liang roma.Mengeluarkan kotoran yang tersumbat pada kulit wajah dan membersihkannya secara sempurna.Lakukan rawatan ini sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu untuk membantu mendapatkan kulit lebih sihat,lembut,cantik dan bersinar.