~sumber di peroleh dari majalah mingguan wanita~
* Panaskan air bersama dengan bahan herba,uncang tea atau minyak essential yang menjadi kegemaran anda.Panaskan air hingga menghasilkan wap yang cukup panas dan biarkan selama lebih kurang 10 minit.Pastikan air tidak terlalu panas kerana bimbang wap yan terlalu panas akan menyakiti wajah.
* Masukkan campuran air tadi ke dalam besen lalu diletakkan di atas meja.Setelah itu, posisikan wajah diatas besen tersebut.Gunakan sehelai tuala kecil untuk menutupi kepala bagi mengelakkan wap yang dihasilkan air panas tadi keluar.Pejamkan mata dan biarkan peluh keluar dari wajah.Sebelum itu,pastikan wajah dibersihkan dahulu menggunakan pembersih wajah yang lembut.
* Setelah 10 minit, basuh wajah dengan air sejuk.Diikuti dengan pemakaian pelembab untuk membantu menyejukkan kembali kulit wajah.
* kaedah ini membantu membuka liang-liang roma.Mengeluarkan kotoran yang tersumbat pada kulit wajah dan membersihkannya secara sempurna.Lakukan rawatan ini sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu untuk membantu mendapatkan kulit lebih sihat,lembut,cantik dan bersinar.
No comments:
Post a Comment