Erti Kehidupan
AKU
Seorang insan yang lemah
Lemah dalam mengejar impian
Impian yang telah dirancang
Tanpa kepastian
AKU
Terus mengejar
Mengejar bayangan
Bayangan impian
AKU
Terus berlari,
Berlari mengejar dengan penuh dugaan
Dugaan yang tidak ku ingini
Tanpa ku sedari,aku terjaga dari mimpiku
Mimpi yang mengajar aku untuk mengetahui erti kehidupan ini
Saturday, 22 December 2012
Thursday, 20 December 2012
padah kerap guna EARPHONE
Jom baca ye anak-anak muda mahu pun remaja,lagi-lagi pada remaja-ramaja yang suka menggunakan EARPHONE.Dari apa yang saya perhatikan kebanyakan anak-anak remaja zaman sekarang ini lebih suka menggunakan EARPHONE tidak kira dimana mereka berada. lagi-lagi masa meraka berjalan-jalan di bandar. Apa padahnya kerap menggunakan EARPHONE jom kita baca seterusnya.
- Kajian terbaru didalam jurnal Environmental science and Technology mendapati bahawa sekitar 90 peratus dari 4,500 penduduk kota New york berada pada tahap risiko gangguan pendengaran akibat terdedah kepada bunyi bising daripada 'earphone' yang dipasang pada pemain MP3 atau smartphone
- Penyelidik,Richard Neitzel,seorang pembantu profesor of Risk di Universiti Michigan mendapati bahawa risiko gangguan pendengaran menyerang orang yang hidup tinggal di kota. Neitzel menambah, risiko buruk dari penggunaan earphone yang terlalu kerap boleh menyebabkan risiko gangguan pada pendengaran.seperti berkurangnya kemampuan mendengar sehingga terasa sakit di bahagian telinga.
- Hal tersebut menjadi lebih kompleks sekiranya earphone atau peranti seumpamanya di gunakan dalam waktu yang kerap dengan kadar volume yang kuat. Sebaiknya,jika anda sendiri penggemar muzik, kurangkan pemakaian 'earphone' sambil membaca, melakukan kerja-kerja rumah, menaiki kemudahan awam atau sebelum tidur dan berkemungkinan sehingga tertidur.
- Pengurangan penggunaannya dapat membantu menjamin kesihatan pendengaran yang baik.Sayangilan telinga anda dan jadilan pengguna teknologi elektronik yang bijak.
Wednesday, 19 December 2012
Bahaya tidur dalam keadaan lampu menyala
Dengan apa yang saya telah baca dari buku PLANNER ISLAMIAH 2013/1434-1435.saya ingin kongsikan serba sedikit ilmu yang saya perolehi tentang BAHAYA TIDUR DALAM KEADAAN LAMPU MENYALA.
Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser.
Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.
Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.
Dari Abu Salim r.a., nabi saw bersabda "Kalau kamu tidur, jangan dibiarkan api menyala dalam rumahmu"
Prof.Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan
"sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan pengasilan bahan melatonin menurun.."
Jumlah anak-anak yang menghidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir.Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.
Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di london menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.
Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam sehingga jam 8 pagi.penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.
Pada kenyataannya,Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk menghidap kanser .Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.
Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikan-nya gelap gelita supaya hamba-hamba-nya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari.
begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah maha Mengetahui apa keperluan hamba-hamba-nya kerana Dialah yang menciptakan kita semua.
wallahu'alam

jalan2..
inilah salah satu tmpat yang anda harus datag melawat jika anda ingin berjalan-jalan ke sabah...tempat ini d namakan rumah terbalik.. tidak jauh pun dari bandar kota kinabalu.. tapi kalau dari rumah saya memanglah jauh...hahah saja buat lawak sikit.. jangan marah ye.Tiket untuk masuk tidak lah mahal sangat.. bagi pemegang ic rm 10.00. kanak2 pula yang berumur 5 tahun ke atas rm5.00.
Subscribe to:
Posts (Atom)