Domo-kun Cute kasih sejati: padah kerap guna EARPHONE

Thursday, 20 December 2012

padah kerap guna EARPHONE

          Jom baca ye anak-anak muda mahu pun remaja,lagi-lagi pada remaja-ramaja yang suka menggunakan EARPHONE.Dari apa yang saya perhatikan kebanyakan anak-anak remaja zaman sekarang ini lebih suka menggunakan EARPHONE tidak kira dimana mereka berada. lagi-lagi masa meraka berjalan-jalan di bandar.  Apa padahnya kerap menggunakan EARPHONE jom kita baca seterusnya.


  •     Kajian terbaru didalam jurnal Environmental science and Technology mendapati bahawa sekitar 90 peratus dari 4,500 penduduk kota New york berada pada tahap risiko gangguan  pendengaran akibat terdedah kepada bunyi bising daripada 'earphone' yang dipasang pada pemain MP3 atau smartphone
  •     Penyelidik,Richard Neitzel,seorang pembantu profesor of Risk di Universiti Michigan mendapati bahawa risiko gangguan pendengaran menyerang orang yang hidup tinggal di kota. Neitzel menambah, risiko buruk dari penggunaan earphone yang terlalu kerap boleh menyebabkan risiko gangguan pada pendengaran.seperti berkurangnya kemampuan mendengar sehingga terasa sakit di bahagian telinga.
  •     Hal tersebut menjadi lebih kompleks sekiranya earphone atau  peranti seumpamanya di gunakan dalam waktu yang kerap dengan kadar volume yang kuat. Sebaiknya,jika anda sendiri penggemar muzik, kurangkan pemakaian 'earphone' sambil membaca, melakukan kerja-kerja rumah, menaiki kemudahan awam atau sebelum tidur dan berkemungkinan sehingga tertidur.
  •   Pengurangan penggunaannya dapat membantu menjamin kesihatan pendengaran yang baik.Sayangilan telinga anda dan jadilan pengguna teknologi elektronik yang bijak.
        sumber diperolehi dari majalah mingguan wanita                     
               

No comments:

Post a Comment