Wednesday, 3 April 2013
10 DOA AMALAN HARIAN
~Doa ketika tidur~
"Dengan nama engkau wahai tuhan,aku hidup dan aku mati"
~Doa bangun tidur~
"Segala puji hanyalah kepunyaan Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami,dan kepada-nya kami akan dikumpulkan".
~Doa memakai pakaian~
"wahai Tuhanku,aku memohon kepada-mu daripada kebajikan pakaian ini dan daripada kebajikan sesuatu yang pakaian ini dibuat untuknya.Dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan sesuatu yang pakaian ini dibuatuntuknya".
~Doa membuka pakaian~
"Dengan nama allah yang tiada tuhan kecuali dia"
~Doa hilangkan ras marah~
"Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk; Ya Allah,ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku,dan lepaskanlah aku daripada syaitan yang terkutuk".
~Doa keluar rumah~
"Dengan nama Allah,aku menyerahkan diri kepada-mu,tidak ada daya upaya
(dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua".
~Doa masuk rumah~
"wahai Tuhanku,aku memohon kepada-mu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik keluar.Dengan nama Allah,kami masuk,dengan nama Allah kami kluar.Dan kepada Allah tuhan kami,kami menyerah diri".
~Doa ketika rasa takut atau terkejut~
"Aku berlindung diri dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahan-nya,seksaan-nya, kejahatan hamba-hamba-nya dan daripada ganguan syaitan dan daripada kehadiran mereka itu".
~Doa ketika menghadapi kecelakaan~
"Tidak ada daya upaya dan tidak ada tenaga kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha Tinggi lagi maha Besar".
~Doa ketika sukar selesaikan masalah~
" ya Allah,tidak ada yang mudah melainkan apa yang telah Engkau jadikannya mudah dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendakinya".
sumber di perolehi dari majalah DARA.COM
Thursday, 28 March 2013
kenal pasti sahabat yang cemburu.
Apakah reaksi sahabat anda apabila berkongsi kejayaan anda dengannya? Mungkin si sahabat merasakan anda seolah olah ingin membangga diri walaupun pada hakikatnya anda tidak bermaksud sedemikian.
Bukan senang untuk menjalinkan kemesraan sesama teman sekerja atau sekolah kerana
masing - masing berusaha untuk mendapatkan kedudukan dan perhatian yang lebih tinggi antara satu sama lain.Persainngan adalah perkara biasa yang dialami semua orang.walau bagaimanapun,sering juga terjadi senario dimana sahabat menyimpan perasaan benci dan dendam apabila melihat kejayaan orang lain.
Ayuh..... kenal pasti sahabat yang menyimpan perasaan cemburu..
2.BERMUKA-MUKA
~Sahabat anda memuji kejayaan itu,namun dalam pujiannya itu terselit juga kata-kata sinis yang agak kurang menyenangkan.lebih menyedihkan lagi apabila ada teman-teman di sekeliling anda yang menyampaikan bahawa si sahabat bermuka-muka dengan anda.
3.MENYEBAR KHABAR ANGIN
~Dalam waktu yang sama,si sahabat juga turut mengatur strategi kotor dengan mengheboh-hebohkan khabar angin,kononnya sesiapa sahaja yang berbaik-baik dengan anda mempunyai kepentingan tertentu.
4.GUNA TEKNEK MENGHASUT
~Sahabat cuba menghasut teman-teman anda agar membataskan pergaulan dengan anda.Menurut sahabat,anda perlu memilih kawan dan tidak boleh berkawan dengan sembarangan orang,sedangkan anda tidak pernah berfikiran sedemikian.Situasi ini akan melahirkan ketidakpuasan hati antara anda dengan teman-teman.
5.SENTIASA MENGKRITIK
~Di mata sahabat apa sahaja yang anda lakukan, seolah-olah tidak betul.Ada sahaja kritikan yang dilemparkan kepada anda.Ada kalanya kritikan yang diberikan itu memang tidak relevan.
6.TERLALU SENSITIF
~Apa sahaja teguran yang diberikan demi kebaikan si sahabat dianggapnya sebagai racun dalam persahabatan.Sahabat beranggapan anda sengaja ingin menyakitkan hatinya,biarpun pada hakikatnya anda ingin membantu sahabat memperbaiki prestasi kerja atau pelajarannya.
7.KERAP BERTENGKAR
~Anda mulai sedar sejak kebelakangan ini sahabat cuba menaikkan api kemarahan anda.Boleh dikatakan setiap hari,ada sahaja perselisihan faham yang berlaku,sekali gus menghangatkan hubungan persahabatan.Sikap sahabat yang tidak mahu mengalah dan keras kepala bakal memburukan hubungan persahabatan.
8.MENJAUHKAN DIRI
~Sejak berlakunya insiden perselisihan faham antara anda dengannya,si sahabat seolah-olah cuba menjauhkan diri dari anda.Malah,dia cuba mengelak daripada bertentang mata dengan anda.Setiap kali anda mengajak untuk berbincang,dia yang bertindak membatukan diri dan tidak inisiatif untuk memperbaiki hubungan persahabatan anda itu.
~SUMBER DI PEROLEHI DARI MAJALAH DARA.COM~

1.PANDANG SERONG~Menganggap bahawa kejayaan yang anda miliki itu adalah hasil dari sikap anda yang suka mengampu pihak atasan.Biarpun pada hakikatnya anda bekerja keras untuk mencapai kejayaan seperti yang anda miliki hari ini.
2.BERMUKA-MUKA
~Sahabat anda memuji kejayaan itu,namun dalam pujiannya itu terselit juga kata-kata sinis yang agak kurang menyenangkan.lebih menyedihkan lagi apabila ada teman-teman di sekeliling anda yang menyampaikan bahawa si sahabat bermuka-muka dengan anda.
3.MENYEBAR KHABAR ANGIN
~Dalam waktu yang sama,si sahabat juga turut mengatur strategi kotor dengan mengheboh-hebohkan khabar angin,kononnya sesiapa sahaja yang berbaik-baik dengan anda mempunyai kepentingan tertentu.
4.GUNA TEKNEK MENGHASUT
~Sahabat cuba menghasut teman-teman anda agar membataskan pergaulan dengan anda.Menurut sahabat,anda perlu memilih kawan dan tidak boleh berkawan dengan sembarangan orang,sedangkan anda tidak pernah berfikiran sedemikian.Situasi ini akan melahirkan ketidakpuasan hati antara anda dengan teman-teman.
5.SENTIASA MENGKRITIK
~Di mata sahabat apa sahaja yang anda lakukan, seolah-olah tidak betul.Ada sahaja kritikan yang dilemparkan kepada anda.Ada kalanya kritikan yang diberikan itu memang tidak relevan.
6.TERLALU SENSITIF
~Apa sahaja teguran yang diberikan demi kebaikan si sahabat dianggapnya sebagai racun dalam persahabatan.Sahabat beranggapan anda sengaja ingin menyakitkan hatinya,biarpun pada hakikatnya anda ingin membantu sahabat memperbaiki prestasi kerja atau pelajarannya.
7.KERAP BERTENGKAR
~Anda mulai sedar sejak kebelakangan ini sahabat cuba menaikkan api kemarahan anda.Boleh dikatakan setiap hari,ada sahaja perselisihan faham yang berlaku,sekali gus menghangatkan hubungan persahabatan.Sikap sahabat yang tidak mahu mengalah dan keras kepala bakal memburukan hubungan persahabatan.
8.MENJAUHKAN DIRI
~Sejak berlakunya insiden perselisihan faham antara anda dengannya,si sahabat seolah-olah cuba menjauhkan diri dari anda.Malah,dia cuba mengelak daripada bertentang mata dengan anda.Setiap kali anda mengajak untuk berbincang,dia yang bertindak membatukan diri dan tidak inisiatif untuk memperbaiki hubungan persahabatan anda itu.
~SUMBER DI PEROLEHI DARI MAJALAH DARA.COM~
Wednesday, 27 March 2013
Tuesday, 19 February 2013
kuih coconut blossom
Bahan-bahan
2biji telur ayam gred A
1 1/2 cawan gula halus
2 1/2 cawan tepung gandum
2 cam tea serbuk penaik
1 cam tea esen vanila
1cam sudunovelate
1 cawan susu pekat
3 sudu air pandan (jika tk de pandan boleh guna perasa pandan)
Pewarna hijau
1/2 Cawan tepung naik sendiri
Bahan inti
300gm kelapa parut putih
2 cam besar gula pasir
1/2batang gula melaka
1 cam tea tepung jagung
1 helai daun pandan
Sedikit air
Cara membuat
*Bahan inti di masak sehingga bertukar warna
putarkan kesemua bahan tepung tadi sehingga putih kemudian campurkan pewarna hijau sedikit demi sedikit mengikut kepekatan warna yang anda suka. masukan inti kedalam kertas kek kemudian kemudian tambahkan bahan-bahan tepung tadi keatas inti dan kukus selama 10 minit atau sehingga kuih merekah.siap untuk di hidang.
santai-santai
Bersantai-santai di pantai sawangan.
Melihat kehindahan alam ciptaan allah. Bersama orang yang tersayang.:-D

perdana park tanjung aru.
Taman Yang indah untuk melepas tekanan kerja. Sesuai untuk orang dewasa, kanak-kanak, remaja dan berkeluarga. Taman syurga bagi kanak2. Di buka setiap hari. Dari jam 4 petang hingga 10 mlm.berdekatan airport airasia. Ada persembahan air pancut bererama.boleh juga berjoging. Sungguh cantik tempatnya. Sila-silalah singgah ye.tak de seberang bayaran masuk cuma bayar parking keta je. Sebanyak RM1.00
Tuesday, 5 February 2013
Tip rawatan wajah dirumah
~sumber di peroleh dari majalah mingguan wanita~
* Panaskan air bersama dengan bahan herba,uncang tea atau minyak essential yang menjadi kegemaran anda.Panaskan air hingga menghasilkan wap yang cukup panas dan biarkan selama lebih kurang 10 minit.Pastikan air tidak terlalu panas kerana bimbang wap yan terlalu panas akan menyakiti wajah.
* Masukkan campuran air tadi ke dalam besen lalu diletakkan di atas meja.Setelah itu, posisikan wajah diatas besen tersebut.Gunakan sehelai tuala kecil untuk menutupi kepala bagi mengelakkan wap yang dihasilkan air panas tadi keluar.Pejamkan mata dan biarkan peluh keluar dari wajah.Sebelum itu,pastikan wajah dibersihkan dahulu menggunakan pembersih wajah yang lembut.
* Setelah 10 minit, basuh wajah dengan air sejuk.Diikuti dengan pemakaian pelembab untuk membantu menyejukkan kembali kulit wajah.
* kaedah ini membantu membuka liang-liang roma.Mengeluarkan kotoran yang tersumbat pada kulit wajah dan membersihkannya secara sempurna.Lakukan rawatan ini sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu untuk membantu mendapatkan kulit lebih sihat,lembut,cantik dan bersinar.

Monday, 4 February 2013
MUTIARA KATA
Apabila engkau melihat ku sedang marah,
maka usahakanlah untuk membuat aku reda.
Dan apabila aku melihat engkau marah,
aku akan berusaha membuatmu reda.
jika tidak begitu,kita tidak akan dapat hidup bersama.
Jika allah belum mentakdirkan jodoh bagi dirinya setelah dia kerahkan semua upaya dan usaha yang dia miliki, hendaknya dia reda dengan ketentuan allah dan takdir-nya.
Wanita yang paling baik adalah
yang paling tinggi ketika dia berdiri,
yang paling besar ketika dia duduk
yang paling jujur ketika bertutur
bila dia marah dia tetap santun.
bila tertawa dia tetap tersenyum.
Tugu Tambunan
Pekan Tambunan terletak di bahagian pedalaman sabah, kira kira 80km dari Kota Kinabalu ibu negeri di sebelah barat,48km dari kota Ranau di sebelah utara dan 51km dari pekan Keningau di selatan.Lembah ini dikelilingi oleh banjaran gunung.Gunung Kinabalu (4,081m) yang agung itu menjadi satu pemandangan di bahagian utara dan Gunung Trus Madi (8669kaki) gunung tertinggi kedua di Sabah pada sebelah Timur.Dari segi budaya,berbagai bagai metos dan legenda terutama yang berhubung dengan tradisi tradisi lama,adat resam,asal usul puak puak dan nama nama tempat di bahagian ini masih ada hingga sekarang.Kisah asal usul Tambunan adalah satu daripada cerita yang menarik telah diwarisi oleh generasi ke generasi di kalangan masyarakat kadazandusun di Tambunan.
Wanita
wanita itu tidak dicipta dari kepala untuk disanjungi...
bukan juga dari kaki untuk dialasi..
tapi
dicipta dari rusuk lelaki..
dekat di bahu untuk dilindungi..
dan dekat di hati untuk disayangi.. ;)
bukan juga dari kaki untuk dialasi..
tapi
dicipta dari rusuk lelaki..
dekat di bahu untuk dilindungi..
dan dekat di hati untuk disayangi.. ;)
Monday, 7 January 2013
KALAU itu tanda stress
Baginda rasulullah s.a.w ada mengajar bahawa setiap manusia mesti ada keinginan yang baik. Ini kerana kehidupan manusia di pengaruhi oleh keinginan. Keinginan itu pula ada di dalam hati iaitu berupa niat. Apabila baik hatinya, maka keinginannya akan baik.
Keinginan ini juga boleh dikatakan sebagai matlamat atau tujuan, dan boleh juga dikategorikan sebagai cita-cita. Orang yang sentiasa berdoa kepada Allah hanya akan menggunakan KALAU bagi mencapai cita-cita dan matlamatnya seperti''kalau aku nak kaya,aku kena kerja keras..''Kata-kata yang diucapkan seperti itu menunjukkan seseorang itu mempunyai matlamat diri. Tetapi haruslah disertakan dengan usaha,dan bukan hanya sekadar kata-kata kosong yang tidak mempunyai makna.
Namun begitu,seperti yang telah di jelaskan sebelum ini, kalimah kalau bukan sahaja boleh membawa kerosakan akidah, malah turut memberi kesan pada aspek psikologi. Tanda-tanda awal akan kehadiran hasutan dan bisikan syaitan ini boleh membawa tekanan ataupun stress.
kadang kala tekanan ini boleh menjadi baik serta memberi impak positif dan begitu juga sebaliknya. Tekanan dalam bentuk positif ini mampu menjadikan seseorang bekerja keras untuk berjaya. Dan yang nyata, seseorang yang mampu mengawal tekanan ini merupakan orang yang menjaga hubungannya dengan Allah s.w.t.
Tekanan ini wujud dalam diri setiap manusia tanpa dicari.Dan kadang kala ia wujud kerana diri sendiri yang mencari dan kerana lemahnya jiwa seseorang. kelemahan jiwa ini datangnya dari rohani,jasmani,akal dan emosi yang lemah.paling utama adalah dari segi rohani.Ini kerana rohani merupakan sesuatu yang datang dari hati.Hati yang lemah menandakan rapuhnya hubungan seseorang itu dengan Allah s.w.t.
Apabila kita lalai untuk mengingati Allah,maka jiwa dan rohani akan sentiasa berada dalam kesengsaraan.Firman Allah s.w.t dalam surah Taha,ayat-124 yang bermaksud, ''Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku,maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit,dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta''
Kesan dari tekanan ini bukan sahaja mampu merosakkan jiwa seorang individu, bahkan memberi kesan terhadap individu lain seperti keluarga,rakan-rakan dan masyarakat sekeliling sehingga sampai kesuatu tahap,ia boleh memutuskan hubungan silaturrahim.
Antara punca kelemahan rohani yang membawa kepada tekanan ialah
Allah s.w.t telah memberikan panduan yang terbaik bagi mengurangi tekanan dengan berfirman,''Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.(surah al-Baqarah ayat-155)
TIPS UNTUK MENGURANGKAN TEKANAN MENURUT CARA ISLAM

- kelemahan hati
- pengaruh nafsu
- kelemahan akal
Allah s.w.t telah memberikan panduan yang terbaik bagi mengurangi tekanan dengan berfirman,''Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.(surah al-Baqarah ayat-155)
TIPS UNTUK MENGURANGKAN TEKANAN MENURUT CARA ISLAM
- membiasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
- memperbanyakkan membaca Al-Quran
- memperbanyakan solat sunat
- sentiasa memohon doa kepada Allah
- bersangka baik dengan Allah
- menghargai dan mencintai diri sendiri
- mengamalkan pemakanan yang sihat
- selalu beriadah untuk kesihatan diri.
Saturday, 5 January 2013
TEMULAWAK BOLEH MERAWAT PENYAKIT
Sejenis tumbuhan yang juga dikenali sebagai curcuma Xanthorrhiza Roxb dipercayai berasal dari Indonesia. Temulawak tumbuh secara semula jadi di kawasan bukit yang lembab atau di kawasan tanah rendah sehingga 750 meter dari paras laut.
Tumbuhan ini boleh dituai setelah lapan bulan ditanam. Pada peringkat ke lapan bulan daunnya kelihatan kekuningan. Manakala ubinya kelihatan berwarna kuning keperangan. Tumbuhan ini mempunyai rupa yang hampir sama dengan kunyit berbau wangi, terutama bahagian ubi (rizom).
Temulawak boleh digunakan sebagai agen penambah rasa, pewarna dan rempah ratus dalam masakan atau makanan. Selain daripada itu, tumbuhan ini juga boleh digunakan dalam perubatan untuk merawat penyakit.
Dalam perubatan tradisional, Temulawak merupakan salah satu daripada bahan dalam penyediaan majun atau jamu. Bagi ibu selepas melahirkan anak, jus ubi Temulawak digunakan untuk melegakan ketidak hadaman.
Menurut kajian, Temulawak merupakan ubat antijangkitan, antitumor dan antilinflamasi. Selain itu, Temulawak digunakan untuk merawat penyakit kuning, menurunkan panas badan, cirit birit, merangsang nafsu makan, kembung perut serta sengal-sengal.
Manakala, kajian saintifik yang telah dijalankan membuktikan bahawa ubi tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat yang memberi kesan positif terhadap organ manusia seperti hempedu. khasiat tumbuhan ini pada hempedu adalah untuk mencegah pembentukan batu.
~sumber dari dewan kosmik~

Subscribe to:
Posts (Atom)